Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

147

Soalan

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah adaptasi terhadap perubahan iklim yang sedang dilaksanakan dan dalam perancangan oleh Kementerian.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian sentiasa komited dalam usaha untuk mengurangkan kemudahterancaman dan meningkatkan ketahanan terhadap impak perubahan iklim. Kerajaan juga sentiasa proaktif dan mengambil pendekatan berperingkat atau 'stepwise approach' dalam perancangan jangka panjang untuk menangani impak perubahan iklim. 


  1. Kerajaan sedang berusaha untuk menaikkan tahap perlindungan struktur mitigasi banjir daripada 100 tahun kepada 200 tahun seperti yang telah dibentangkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Ini melibatkan perancangan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) serta lembangan sungai diperkasa melalui Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB). 


  1. Kerajaan juga telah mengemukakan permohonan kewangan iklim iaitu Dana Program Ketersediaan atau Readiness Programme, Green Climate Fund (GCF) untuk membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (National Adaptation Plan, NAP) yang dijangka akan siap pada tahun 2025 tertakluk kepada proses kelulusan pihak GCF. NAP yang akan dibangunkan ini akan merangkumi lima (5) sektor utama seperti berikut: 


i)  jaminan air dan sumber pesisir;


ii) pertanian dan jaminan makanan;


iii)  infrastruktur, tenaga dan persekitaran terbina termasuk bandaraya;


iv) perhutanan dan biodiversiti; dan


v) kesihatan awam.



Sekian, terima kasih.​

Attachments