Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

148

Soalan

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-


a) jumlah dana yang diterima melalui Global Environment Facility (GEF), Green Climate Fund (GCF), dan Adaptation Fund (AF); dan


b) apakah bentuk program dan jumlah dana yang telah dibelanjakan. ​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah banyak menerima manfaat daripada peruntukan yang diterima daripada Global Environment Facility (GEF). Sejak Malaysia menyertai GEF pada tahun 1994, sebanyak 21 buah projek di peringkat nasional telah dilaksanakan dengan jumlah pembiayaan sebanyak USD76.951 juta. Selain itu, Malaysia juga turut terlibat dalam lima (5) buah projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 30.35 juta.

2. Kini, GEF kitaran ke-8 telah bermula bagi tempoh empat (4) tahun bermula Julai 2022 hingga Jun 2026. Peruntukan indikatif yang telah ditetapkan untuk Malaysia adalah sebanyak USD 26.32 juta bagi bidang fokus perubahan iklim, biodiversiti dan kemerosotan tanah. Peruntukan yang diterima bagi GEF kitaran ke-8 telah meningkat sebanyak 25% berbanding GEF kitaran ke-7. 

3. Antara projek yang akan dilaksanakan di bawah GEF Kitaran ke-8 ini adalah berkaitan inisiatif rendah karbon di peringkat sub-nasional, hidrogen hijau, pemuliharaan ekosistem biodiversiti di infrastruktur pelabuhan dan projek komuniti menerusi GEF Small Grant Programme

3. Manakala, pihak Adaptation Fund pula telah meluluskan pembiayaan dalam bentuk geran sebanyak USD10 juta bagi melaksanakan projek adaptasi berasaskan alam semula jadi atau Nature Based Solution, dengan izin di Negeri Pulau Pinang. 

4. Selain itu, Malaysia sebagai negara parti kepada Perjanjian Paris turut layak untuk menerima pembiayaan di bawah Green Climate Fund (GCF) bagi melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Sehingga kini, Kementerian telah melaksanakan empat (4) projek GCF di peringkat nasional dengan jumlah pembiayaan USD 1.398 juta dan turut terlibat dalam satu (1) projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 300 juta.

4. Kementerian juga telah mengemukakan permohonan dana sebanyak USD3 juta kepada GCF bagi pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). 

5. Pada masa ini juga, Kementerian sedang membangunkan Country Programme untuk dikemukakan kepada GCF yang akan mengandungi senarai keutamaan projek mitigasi dan adaptasi agar akses kepada dana GCF ini dapat diperluaskan dalam jumlah pembiayaan yang lebih besar.



Sekian, terima kasih.

Attachments