Pertanyaan | Bukan Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 167 | Soalan | Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju menukar kaedah pelaksanaan EIA dimana pemaju membayar fi kepada Jabatan Alam Sekitar dan perlantikan syarikat yang menilai EIA dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar berubah daripada amalan sekarang dimana pemaju yang membayar fi dan melantik sendiri syarikat yang membuat penilaian EIA.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian belum berhasrat untuk mengendalikan pelantikan jururunding Environmental Impact Assessment (EIA) kepada mana-mana penggerak projek. Pendekatan yang dicadangkan bukanlah merupakan penyelesaian secara menyeluruh kepada isu-isu perancangan dan pelaksanaan projek EIA.
Bagi maksud penyediaan Laporan EIA pada masa ini, keperluan Seksyen 34A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], menyatakan akan tanggungjawab penggerak projek untuk melantik “orang yang layak” (jururunding EIA) bagi menjalankan kajian EIA serta memastikan penilaian impak dan langkah-langkah mitigasi dinyatakan secara komprehensif dan boleh dilaksanakan.
Bagi cadangan pelantikan jururunding EIA oleh JAS, perkara ini akan mengundang tohmahan dan isu bias memandangkan pada masa yang sama, JAS juga adalah merupakan pihak yang menilai laporan EIA yang dikemukakan. Untuk makluman, Kementerian ke arah pelaksanaan pematuhan secara kendiri (self-regulation) oleh semua pihak sama ada penggerak projek dan industri. Selain itu, Kementerian melalui JAS juga dalam peringkat melaksanakan Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi merangka hala tuju dan gerak kerja bagi pemerkasaan orang yang layak dan fungsi-fungsi yang difikirkan perlu bagi membantu memantapkan lagi pelaksanaan EIA di Malaysia termasuk keperluan pembayaran fi dan pelantikan jururunding EIA.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|