Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

217

Soalan

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sebarang langkah yang diambil bagi menangani isu impak perubahan iklim kepada pertumbuhan dan persekitaran kanak-kanak.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian akan membangunkan Pelan Adaptasi Nasional yang merangkumi pelan tindakan dan strategi jangka panjang untuk pelbagai sektor. Antara tujuan pembangunan pelan ini adalah untuk memastikan impak perubahan iklim kepada golongan rentan, termasuk kanak-kanak dapat diminimumkan.

  2. Kementerian juga telah menubuhkan Panel Konsultasi Perubahan Iklim yang dianggotai oleh wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan, pertubuhan masyarakat, pertubuhan belia dan individu yang terlibat aktif bukan sahaja dalam isu perubahan iklim, malah yang turut memperjuangkan kesan perubahan iklim ke atas kanak-kanak. Panel ini akan memberikan input dan pandangan untuk diambil kira dalam pembangunan dasar dan strategi perubahan iklim negara.

  3. Kementerian turut menyokong usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi lain seperti pihak United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan United Nations Development Program (UNDP) dalam program pembangunan kapasiti kanak-kanak dan belia seperti Youth Environment Living Labs, yang turut mengambil kira impak perubahan iklim ke atas golongan berkenaan.

  4. Selain itu, Kementerian akan terus bekerjasama bersama  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi  perancangan dan pembangunan dasar perubahan iklim yang sensitif terhadap pertumbuhan dan persekitaran kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.​

Attachments