Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

230

Soalan

Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah dan perancangan diambil untuk menangani isu haiwan liar yang memasuki kawasan penempatan penduduk sehingga menjejaskan tanaman dan hasil kebun serta mengancam keselamatan awam.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius terhadap konflik manusia dan hidupan liar yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini sehingga menjejaskan keselamatan dan menyebabkan kerugian serta kerosakan pertanian di kawasan kampung. 


Antara langkah yang sedang dan telah diambil bagi menangani masalah ini adalah seperti berikut: 


(i) menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai dan penduduk kampung;

(ii) menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti RELA dan penduduk kampung bagi membasmi musuh tanaman;

(iii) menjalankan program pemasangan perangkap komuniti di mana setiap Dewan Undangan Negeri akan menyumbang perangkap untuk menangkap hidupan liar bermasalah;

(iv) menjalankan program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan penduduk kampung dan pemegang taruh; dan

(v) menjalankan “program penakaian populasi” di kawasan yang berisiko bagi mengurangkan populasi hidupan liar yang mengancam tanaman dan penduduk.


Di samping itu, Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia bagi membincangkan isu-isu konflik serta merangka pelan pelaksanaan pengurusan konflik hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia.


Sekian, terima kasih.



Attachments