Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

237

Soalan

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [ Tangga Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan audit alam sekitar bagi mengkaji tahap pencemaran terkini di kawasan projek-projek tambakan laut di negeri Melaka serta langkah-langkah mitigasi berkenaan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Projek-projek tambakan laut adalah tertakluk kepada keperluan menjalankan kajian penilaian kesan kepada alam sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA) di bawah Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memasukkan keperluan menjalankan audit alam sekeliling sebagai salah satu syarat kelulusan Laporan EIA kepada penggerak projek. Audit alam sekeliling perlu dilaksanakan oleh penggerak projek di peringkat pembinaan setiap 3 bulan sekali sehingga selesai kerja-kerja penebusgunaan tanah.


  1. Penggerak projek perlu melantik juruaudit alam sekeliling yang berdaftar dengan JAS bagi melaksanakan audit alam sekeliling. Laporan audit alam sekeliling bagi projek tambakan di Negeri Melaka akan dikemukakan oleh juruaudit alam sekeliling kepada JAS. Kemudian, JAS akan meneliti laporan audit alam sekeliling yang dikemukakan dan akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada penemuan yang dinyatakan dalam laporan berkenaan.


  1. Selain daripada keperluan audit alam sekeliling, JAS juga akan melaksanakan penguatkuasaan secara berkala semasa peringkat pelaksanaan projek ini bagi memastikan pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang telah dikeluarkan.


Sekian, terima kasih.​

Attachments