Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

248

Soalan

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status pembangunan pemecah ombak yang pernah dicadangkan sebelum ini di pantai Morib memandangkan beberapa kejadian air pasang dan arus ombak yang kuat memecahkan tembok pantai tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Pemuliharaan Pantai Morib sedang dalam peringkat awalan fasa pembinaan. Projek ini telah bermula pada 1 September 2023 dan dijangka siap pada 1 Julai 2026 dengan kos kontrak bernilai RM47.3 juta. 

  2. Projek ini akan meningkatkan perlindungan garis pantai terdedah hakisan daripada 700 meter kepada 1.7 kilometer dan melindungi kemudahan infrastruktur awam sepanjang jajaran.

Sekian, terima kasih.​

Attachments