Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

270

Soalan

Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian dapat membantu pemilik dusun di Banjaran Nakawan bagi mendapatkan akses untuk memasuki dusun mereka iaitu di kawasan hutan simpan Bukit Ayer.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan dan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Manakala, bidang kuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.


  1. Untuk makluman Ahli Yang Behormat, Kementerian mengambil maklum berhubung kewujudan dusun-dusun lama berstatus hakmilik di kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang. Bagi pelaksanaan kebenaran menggunakan kawasan HSK sebagai laluan masuk ke dusun hakmilik, ianya tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah Subseksyen 47(1)(da) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667] iaitu “Tiada seseorang pun boleh memasuki mana-mana hutan tertutup kecuali - seseorang pemegang permit jalan, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh permit jalan itu”. 


  1. Semakan NRECC dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis mendapati bahawa kebenaran masuk secara permit penggunaan ke kawasan dusun telah diberikan sejak tahun 1996 di bawah Seksyen 32, Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1987 bagi Negeri Perlis. Namun begitu, kebenaran untuk membina jalan masuk yang khusus ke tanah persendirian dalam melalui kawasan HSK perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri kerana melibatkan pembukaan kawasan baharu atau pemotongan tanah HSK yang bertentangan dengan fungsi asal HSK tersebut. Ini kerana HSK yang berada di Banjaran Nakawan merupakan kawasan hutan perlindungan yang diwartakan di bawah subseksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667] iaitu Hutan Perlindungan Tanah, Hutan Tadahan Air, Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan Hutan Taman Negeri yang penting bagi pemeliharaan sumber khazanah negara dan negeri.


Sekian, terima kasih.​

Attachments