Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

314

Soalan

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh mana Kementerian telah melaksanakan transisi penggunaan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui dan sehingga kini apakah sasaran yang telah berjaya dicapai serta bagaimana Kementerian akan memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam sektor pendidikan negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Usaha peralihan tenaga atau transisi  tenaga yang dilaksanakan kementerian telah berjaya meningkatkan campuran kapasiti TBB terutamanya bagi sumber solar daripada kira-kira 5MW pada tahun 2009 kepada 2.4GW pada masa ini. Peningkatan ini adalah hasil usaha kerajaan melalui pelaksanaan program-program berikut:


  1. FiT  -  666.91MW

  2. NEM - 843.47 MW

  3. LSS - 1,492.12 MW


Pelaksanaan program ini akan diteruskan bagi meningkatkan penggunaan TBB terutamanya sumber solar di kalangan pengguna. Mengenai cadangan untuk memperluaskan ilmu mengenai TBB dalam sektor pendidikan negara, prinsip asas penjanaan tenaga termasuk aspek tenaga lestari dan TBB telah dirangkumkan dalam mata pelajaran Sains di semua peringkat persekolahan.


Sekian, terima kasih.

Attachments