Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

316

Soalan

Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan hala tuju pembangunan Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Radioaktif (NR-REE). Adakah Kerajaan bercadang untuk membuka hutan simpanan kekal di Semenanjung Malaysia untuk melombong NR-REE. Sudahkah SOP Perlombongan NR-REE dimuktamadkan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

  1. Hala tuju pembangunan industri perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) turut digariskan dalam Dasar Mineral Negara 3 yang sedang dirangka merangkumi keseluruhan rantaian nilai iaitu di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.


  1. Kajian Cadangan Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia yang sedang dimuktamadkan juga memperjelaskan mengenai keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Malaysia, serta panduan dalam pembangunan industri NR-REE negara.


  1. Melalui kajian tersebut, Malaysia diyakini mempunyai potensi yang besar untuk terlibat secara langsung dalam industri di peringkat hiliran sebagai salah satu negara pengeluar super magnet di dunia khususnya bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik. Namun demikian, ia hanya boleh direalisasikan dengan adanya industri pertengahan tempatan bagi memproses sumber RE Carbonate yang dihasilkan oleh lombong-lombong tempatan.


  1. Mengenai aktiviti perlombongan dalam Hutan Simpan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan kawasan perlindungan seperti yang dibentangkan semasa Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12, Kementerian sedang memperhalusi dan memperincikan kebolehlaksanaan cadangan tersebut dengan mengambil kira pandangan daripada semua pemegang taruh serta Pihak Berkuasa Negeri (PBN) disamping kesannya terhadap kelestarian alam sekitar.


  1. Selain itu, Kementerian juga akan meneliti keperluan daripada aspek perundangan sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di samping meneliti Tatacara Pelaksanaan Pengauditan Pematuhan Kendiri ke Arah Industri Perlombongan yang Bertanggungjawab dan Mampan (Self Regulatory Auditing for Responsible and Sustainable Mining Industry).


  1. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Prosedur Operasi Standard (SOP) perlombongan NR-REE Malaysia juga telah dimuktamadkan. Susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang telah dipengerusikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 2 Oktober 2023, Kerajaan-Kerajaan Negeri dibenar melaksanakan kerja-kerja eksplorasi awal berdasarkan SOP berkenaan serta perundangan dan peraturan mineral sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Attachments