Pertanyaan | Bukan Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Tenaga | Nombor Soalan | 317 | Soalan | Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan berapa banyak jumlah subsidi yang elektrik yang telah ditanggung oleh Kerajaan dari bulan Januari 2023 sehingga bulan September 2023 di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Tarif elektrik disemak setiap enam bulan sekali melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dengan mengambil kira kos sebenar bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Berdasarkan mekanisme ICPT ini, semua pengguna perlu membayar bil elektrik masing-masing setelah semakan dibuat dan diselaraskan melalui pemberian rebat atau surcaj. Ini bermakna, secara prinsipnya semua pengguna sepatutnya membayar tarif elektrik mengikut penggunaan mereka berdasarkan harga bahan api di pasaran.
Subsidi elektrik yang telah dibiayai oleh Kerajaan dari bulan Januari hingga September 2023 bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM13.1 bilion untuk ICPT. Manakala, subsidi elektrik yang telah dibiayai oleh Kerajaan dari bulan Januari hingga September 2023 bagi Sabah adalah sebanyak RM453.2 juta yang terdiri daripada RM212.2 juta untuk ICPT serta subsidi sokongan tarif, subsidi bahan api dan subsidi solar sebanyak RM 241 juta.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|