Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

347

Soalan

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah pengguna yang melanggan Tarif Elektrik Hijau (GET) mengikut kategori domestik, komersial dan industri serta bagaimana Kementerian meyakinkan pengguna untuk meneruskan langganan program tersebut berikutan peningkatan lebih enam kali ganda kadar tarif premium GET.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah langganan Green Electricity Tariff (GET) mengikut kategori pengguna adalah seperti berikut:


  1. Komersil - 681 akaun

  2. Industri - 225 akaun

  3. Domestik - 166 akaun


Bagi menyakinkan pengguna untuk meneruskan langganan program tersebut, kerajaan telah memberikan penerangan secara terperinci mengenai tujuan pelaksanaan program ini serta prinsip pelaksanaannya iaitu sebagai program langganan bekalan elektrik hijau yang mudah dengan tarif premium untuk pengguna yang ingin memenuhi komitmen ESG.


Sekian, terima kasih.



Attachments