Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

348

Soalan

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memenuhi komitmen Kementerian bagi mengurangkan intensiti gas rumah hijau sehingga 45 peratus kepada keluaran negara kasar pada tahun 2030.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Dalam memenuhi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas - GHG) sehingga 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030, Kementerian dalam proses membangunkan dokumen polisi Nationally Determined Contributions (NDC) Roadmap and Action Plan. Pelan ini antara lain akan: 


  1. menetapkan sasaran jumlah pelepasan GHG yang perlu dikurangkan bagi sektor-sektor tenaga, industri pemprosesan dan guna produk, pertanian, guna tanah, pertukaran guna tanah dan perhutanan, dan sisa (sector-specific GHG emission reductions target) sehingga tahun 2030;

  2. mengenalpasti struktur tadbir urus dan membangunkan rangka pemantauan dan penilaian bagi membantu Kementerian menjalankan penyelarasan, pemantauan dan penilaian di peringkat kebangsaan; dan

  3. mengenalpasti sumber dan kapasiti merangkumi kewangan, teknologi dan keperluan lain bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dan mengenalpasti kekangan yang dihadapi.


2. Dalam masa yang sama, Kementerian turut dalam proses membangunkan dokumen komunikasi Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS). LT-LEDS akan memberikan konteks perancangan jangka panjang, keutamaan pembangunan, wawasan serta hala tuju pembangunan akan datang. Ini termasuk maklumat mengenai bilakah negara boleh mencapai pelepasan GHG sifar bersih atau net zero samada pada tahun 2050 atau lebih awal. 


3. Pembangunan NDC Roadmap and Action Plan dan LT-LEDS akan dapat memberi hala tuju dasar dan pelan tindakan yang bersesuaian untuk memastikan inisiatif perubahan iklim dapat dilaksanakan secara berkesan. Kedua-dua dokumen ini dijangka akan dapat dimuktamadkan pada awal tahun 2024.


Sekian, terima kasih.​

Attachments