Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

355

Soalan

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pelan tindakan bagi pengawalan hakisan pantai di Kampung Huma, Tanjung Dawai yang akan memberi perlindungan jangka panjang kepada penduduk-penduduk dan nelayan-nelayan berdekatan pantai berkenaan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,  hakisan pantai di kawasan Tanjung Dawai khususnya Kampung Huma adalah termasuk dalam Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Sungai Pial sehingga ke Kampung Tanjung Dawai, Daerah Kuala Muda, Kedah yang dianggarkan  berjumlah RM22.2 juta. 

  2. Projek ini melibatkan kerja-kerja pembinaan struktur kawalan hakisan pantai. Projek di peringkat pelaksanaan kerja ukur dan kerja-kerja pembinaan fizikal dijangka bermula pada 2024 dan jangka siap pada tahun 2026.

  3. Setelah siapnya Projek Pengawalan Hakisan Pantai ini, dijangka dapat melindungi tiga (3) buah kampung dan kawasan kampung yang terdedah dengan hakisan pantai sepanjang 5 km dengan anggaran penduduk seramai 3,000 orang.


Sekian, terima kasih. ​

Attachments