Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

360

Soalan

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan yang teliti agar pemburuan haram hutan-hutan di negara kita dapat dinoktahkan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Perhutanan Semananjung Malaysia (JPSM) mengambil perhatian serius terhadap aktiviti pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar di Semenanjung Malaysia dengan melaksanakan tindakan-tindakan berikut:


(i) melaksanakan aktiviti rondaan dan penguatkuasaan (boots on the ground) di kawasan hotspot dalam kawasan perlindungan termasuk Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Taman Negeri, Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tapak RAMSAR melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) dan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Negeri serta Renjer Komuniti yang terdiri daripada Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Veteran Polis Diraja Malaysia, komuniti setempat dan Orang Asli;


(ii) memperkasakan Unit Jenayah Hidupan Liar di bawah Jabatan PERHILITAN yang beroperasi di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan pasukan taktikal khas Jabatan PERHILITAN iaitu Special Protected Area Response Team (SPARTA);


(iii) menjalankan analisa maklumat risikan kes-kes pemburuan haram melalui Intelligence and Tactical Command Centre for Wildlife Crime (INTAC) di bawah Jabatan PERHILITAN dan berkerjasama dengan Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB) di bawah PDRM;


(iv) mempergiatkan aktiviti pemantauan ke atas kegiatan penjualan hidupan liar hasil daripada pemburuan haram secara dalam talian;


(v) memperkukuhkan jaringan kerjasama penguatkuasaan sempadan bersama Angkatan Tentera Malaysia dan agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia;


(vi) meningkatkan kerjasama serantau di bawah ASEAN Working Group on CITES and Wildlife Enforcement (AWG CITES & WE) dan International Criminal Police Organization (INTERPOL); dan


(vii) menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan maklumat pemburu haram.


Selain itu, program berterusan juga diadakan bagi meningkatkan tahap kesedaran awam pelbagai lapisan masyarakat untuk membantu dalam mencegah aktiviti pemburuan hidupan liar.


Sekian, terima kasih.​

Attachments