Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

371

Soalan

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap para kontraktor yang gagal mengikuti spesifikasi bahan binaan, peralatan dan reka bentuk semasa menyempurnakan Projek Pengindahan dan Pembersihan Sungai Melaka Fasa 2 yang telah dimulakan sejak tahun 2012.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) tidak berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap keseluruhan kerja dan peralatan yang tidak mematuhi spesifikasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak.

  2. Dalam hal ini,  JPS tidak akan memperakukan bayaran kepada kontraktor tersebut. Ini juga termasuk kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor yang tidak mematuhi spesifikasi dan kerja-kerja yang sudah selesai tetapi mengalami kerosakan. Semua tuntutan kerugian yang timbul akibat ketidak patuhan ini juga telah dimasukkan dalam tuntutan penamatan kerja.

  3. Bagi kontraktor penyiap, JPS telah mengeluarkan Non-conformance Report (NCR) sebagai bukti bahawa kerja-kerja tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Ini bermakna bahawa tiada bayaran yang dibuat untuk kerja-kerja yang dinyatakan dalam NCR. 

  4. Kesemua tindakan ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk memastikan bahawa semua projek dilaksanakan dengan teliti dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan dalam kontrak.


Sekian, terima kasih.​

Attachments