Pertanyaan | Bukan Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Pembangunan | Nombor Soalan | 451 | Soalan | Datuk Willie Anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah projek-projek Kementerian yang telah dilaksanakan dan diluluskan di Parlimen Puncak Borneo sejak tahun 2018 sehingga tahun 2023.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Pada tahun 2018, Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 547,773,597.00 di bawah Peruntukan Belanja Pembangunan (DE) Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) bagi Pembinaan Empangan Bengoh Kuching, Sarawak melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada ketika itu.
Projek Pembinaan Empangan Bengoh Kuching, Sarawak ini telah pun siap dan diserahkan kepada Lembaga Air Kuching pada tahun 2018.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|