Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

461

Soalan

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kampung Babong, Taman Bendahara, Kampung Pengkalan Chepa, Kampung Telok Kitang, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Penambang dan Kampung Semut Api.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan sistem saliran diuruskan oleh pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pemaju dan agensi-agensi yang berkaitan. 

  2. Oleh yang demikian, merujuk kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), tanggungjawab untuk membina dan menyenggara parit adalah di bawah PBT. Walau bagaimanapun, Kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan agensi terlibat bagi memastikan sistem saliran dapat berfungsi dengan baik.

  3. Kementerian melalui JPS juga telah memperkenalkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang merupakan satu kaedah kawalan di punca untuk mengurus banjir kilat serta mengawal kualiti air larian hujan.

  4. MSMA telah dijadikan sebagai syarat bagi kelulusan sesuatu pembangunan yang melibatkan infrastruktur saliran oleh semua agensi persekutuan, negeri dan swasta berkuatkuasa bermula Januari tahun 2001.

  5. Pemakaian dan pelaksanaan sistem saliran berkonsepkan MSMA yang beroperasi dan diselenggarakan dengan baik secara berterusan bukan sahaja dapat mengatasi masalah banjir kilat, banjir lumpur serta pencemaran sumber air tetapi dalam jangka masa panjang ia akan dapat meningkatkan kualiti air yang mengalir ke sungai. Justeru, pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan supaya mengguna pakai garis panduan MSMA dalam usaha mengawal masalah banjir kilat yang berpunca daripada air larian hujan.

  6. Kementerian melalui JPS telah melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Kota Bharu, Kelantan yang telah siap pada tahun 2019 yang juga meliputi kawasan kajian di Parlimen Pengkalan Chepa.

  7. Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) ini merupakan satu kerangka tindakan yang menggunakan konsep MSMA dalam pengurusan air larian hujan dan merupakan satu dokumen panduan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenalpasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat

  8. PISMA juga telah menyenaraikan cadangan-cadangan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut diantaranya mencadangkan projek pembinaan sistem saliran baru dan menaiktaraf saliran sediada yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perancangan dan pembangunan yang sistematik, mapan bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan mengawal pencemaran akibat pembangunan. 

Sekian, terima kasih. ​

Attachments