Pertanyaan | Bukan Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Air | Nombor Soalan | 477 | Soalan | Tuan Jimmy Puah Wee Tse [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini projek membina tebatan banjir dalam kawasan Parlimen Tebrau mengikut peratusan siap dan jumlah peruntukan yang telah disalurkan.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Projek Saliran Mesra Alam Tebrau dan Plentong, Johor dengan anggaran kos berjumlah RM41.8 juta. Projek ini bertujuan untuk mengatasi banjir di sembilan (9) lokasi di Tebrau dan Plentong yang sering mengalami peristiwa banjir kilat. Lokasi yang terlibat adalah Kampung Ubi, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Plentong Baru, Kawasan Saujana Baru, Kawasan Kempas Permatang, Kampung Sri Plentong, Kampung Bunga Ros, Sungai Tampoi dan Sungai Seranggong. JPS di dalam peringkat memuktamadkan rekabentuk terperinci dan projek dijangka akan diiklankan pada tahun 2024.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|