Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

500

Soalan

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesan kecenderungan dunia beralih ke tenaga hijau, adakah peralihan ini akan mengakibatkan permintaan petroleum akan berkurangan. Apakah kesannya terhadap fisikal negara kita pada masa yang akan datang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Melihat kepada tren pembekalan elektrik dunia, kecenderungan untuk beralih kepada bekalan tenaga hijau adalah tinggi sebagai langkah sekuriti bekalan dan juga mitigasi perubahan iklim. 


2. Tren ini sekiranya berterusan sememangnya akan mengurangkan permintaan bahan api fosil termasuk bagi petroleum dan seterusnya akan memberikan impak langsung kepada aktiviti-aktiviti berkaitan petroleum yang menjana pendapatan serta menyumbang kepada fiskal negara. 


3. Sehubungan itu, diversifikasi perniagaan kepada bidang tenaga alternatif dan tenaga boleh baharu telah dilakukan oleh syarikat-syarikat minyak dan gas termasuk PETRONAS bagi menjamin kelangsungan entiti tersebut di masa depan.


Sekian, terima kasih. ​

Attachments