Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

531

Soalan

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah Kementerian di dalam menangani insiden tanah runtuh di tepi Sungai Kelantan di Kampung Jiah, Pengkalan Pasir, Pasir Mas.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada dasarnya sedar akan masalah hakisan tebing Sungai Kelantan di Parlimen Pasir Mas. Proses hakisan tebing dan dasar sungai merupakan proses semulajadi. Walaubagaimanapun, tahap hakisan yang lebih teruk boleh berlaku disebabkan oleh intervensi aktiviti manusia yang boleh mengganggu keseimbangan ekosistem sungai. Sebagai contoh, perubahan guna tanah di kawasan lembangan sungai, dan juga pengambilan pasir sungai yang tidak terkawal boleh mengganggu morfologi sungai tersebut.

  2. Sehubungan itu, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil langkah dengan melaksanakan dua (2) projek untuk mengatasi masalah hakisan tebing sungai Kelantan di     Pasir Mas iaitu:

    1. Projek Pelaksanaan Segera Bagi Menangani Bencana Runtuhan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan. Projek ini telah siap pada Januari 2023; dan

    2. Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan. Status projek dalam proses pra-pelaksanaan.

  3. Bagi runtuhan tebing sungai Kelantan di Kampung Jiah pula, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Kelantan telah mengambil langkah segera dengan menutupi kawasan runtuhan bagi mengurangkan kejadian runtuhan terutama ketika waktu hujan dan menyelia saliran sedia ada supaya tidak berlaku hakisan serta membuat pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi terlibat.

Sekian, terima kasih.​

Attachments