Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

550

Soalan

Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan senarai jadual waktu kerja selenggaraan setiap sungai/parit di daerah Muar dan Johor Bahru dengan menyatakan kontraktor yang terlibat, kos perbelanjaan yang terlibat, tarikh mula/akhir kerja pembersihan, kepanjangan sungai/parit yang diselenggara pada tahun 2023.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan melalui peruntukan Bab 3 - Pembahagian Kewangan dan Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan Senarai III - Senarai Bersama Perkara 8. Saliran Pengairan (Irrigation and Drainage), tanggungjawab penyenggaraan sungai perlu dilaksanakan dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri.

  2. Kerajaan Persekutuan melalui NRECC telah mengambil langkah-langkah dengan menyalurkan peruntukan Kerja-kerja Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir (RMKe-12) sebanyak RM36 juta kepada Negeri Johor merangkumi skop kerja seperti berikut:

    1. Kerja-kerja pengaluran sungai;

    2. Kerja-kerja menstabilkan tebing sungai;

    3. Menaiktaraf aset tak alih; dan

    4. Menaiktaraf saluran dan struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai.

  3. Sehingga tahun 2022, 6,394km panjang sungai yang telah dipulihara di Negeri Johor menggunakan peruntukan yang disalurkan. Terdapat sembilan (9) kerja telah dilaksanakan di daerah Muar dan Johor Bahru pada tahun 2023 dengan anggaran kos sebanyak RM600 ribu. Berikut adalah kerja-kerja yang telah dilaksanakan: 


Bil

Projek

Tarikh Mula

Tarikh Siap

Kos 

(RM)

Status

1

Kerja-Kerja Merobohkan Struktur Jambatan Sementara Yang Boleh Mengurangkan Risiko Banjir Dan Kerja Berkaitan Di Kampung Pok Kecil, Mukim Tanjung Kupang, Johor Bahru

16 April 2023

28 Mei 2023

42,400.00

Siap

2

Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sg Tiram, Di Jalan Hj. Suliati, Tiram, Mukim Plentong, Johor Bahru, Johor.

8 Ogos 2023

8 Oktober 2023

88,435.00

Siap

3

Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sungai Melana Di Taman Pulai Perdana, Mukim Pulai, Johor Bahru, Johor.

16 Ogos 2023

14 Oktober 2023

166,050.00

Siap

4

Kerja-Kerja Membaikpulih Tebing Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Parit Beting Kuala, Daerah Muar, Johor

19 April 2023

21 Mei 2023

49,990.00

Siap

5

Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Parit Syafiee Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Kawasan Saliran Seri Menanti, Muar Johor.

11 Julai 2023

8 September 2023

58,995.00

Siap

6

Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Pt Wahid, Kawasan Saliran Muar, Muar, Johor.

3 Julai 2023

28 Ogos 2023

49,940.00

Siap

7

Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Hulu Sungai Sarang Buaya, Kawasan Saliran Sarang Buaya, Muar Johor.

3 Julai 2023

28 Ogos 2023

32,300.00

Siap

8

Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir - Kerja-Kerja Membaikpulih Saliran Di Sungai Balang Besar, Kawasan Saliran Sarang Buaya, Muar, Johor

14 Ogos 2023

9 Oktober 2023

53,450.00

Siap

9

Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Sungai Semeriot Ulu, Luar Skim Pagoh, Muar, Johor.

14 Ogos 2023

23 Oktober 2023

61,612.50

Siap



Sekian, terima kasih.​

Attachments