Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

554

Soalan

Tuan Lee Chean Chung [ Petaling Jaya ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha-usaha Kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mencapai sasaran 10,000km Denai Sungai Kebangsaan pada 2030 dan bagaimanakah Kementerian memperkasa penglibatan NGO dan komuniti untuk mencegah risiko pencemaran ke dalam sungai serta ke arah pengurusan alam sekitar yang lestari.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian mensasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 1,000km bagi tahun 2023. Sehingga September 2023, sepanjang 1,248km telah berjaya dibina di seluruh negara.

  2. Kementerian sangat menggalakkan agar DSK dibangunkan secara corporate social responsibility (CSR) dengan kerjasama pihak-pihak swasta atau badan-badan bukan kerajaan. Kementerian telah melibatkan NGO dan komuniti dalam aktiviti gotong-royong di sekitar sungai dan tasik untuk mencegah risiko pencemaran ke dalam sungai serta ke arah pengurusan alam sekitar yang lestari. 

  3. Kementerian juga sentiasa berusaha  mempromosikan Program Denai Sungai Kebangsaan melalui kerjasama dan perbincangan dengan NGO dan komuniti dari semasa ke semasa. NGO dan komuniti juga digalakkan untuk turut sama menganjurkan aktiviti riadah berasaskan alam sekitar seperti berkelah, memancing dan berbasikal, sekali gus menghalang pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa yang akhirnya menyebabkan pencemaran.

  4. Dalam hal ini, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil tindakan proaktif dalam mengenal pasti lokasi-lokasi yang berpotensi untuk dijadikan DSK untuk dicadangkan kepada NGO dan komuniti dengan mengambil kira kriteria-kriteria seperti berikut:

    1. Kesediaan komuniti setempat;

    2. Kesesuaian fizikal dan geografi tapak;

    3. Berhampiran kawasan kediaman;

    4. Berhampiran hulu muka sauk;

    5. Berhampiran kawasan industri;

    6. Berhampiran laut dan pantai;

    7. Kos pembinaan yang rendah;

    8. Mendapat persetujuan dan kebenaran daripada pihak berkuasa; dan

    9. Tidak melibatkan tanah individu/ Lesen Pendudukan Sementara

Sekian, terima kasih.​

Attachments