Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

555

Soalan

Tuan Lo Su Fui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah perancangan proaktif seperti memberi peruntukan pembinaan Telaga Tiub dengan sistem Penapisan Ultra Sumber Air, tubewell bagi mengatasi masalah air di Tawau dan Sabah yang boleh menampung keperluan air hampir 200-300 orang dengan kos hanya RM1 juta.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua, 

1.        Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Tawau berpotensi mempunyai sumber air bawah tanah di kawasan aluvium, endapan kuartener, batuan volkanik dan Formasi Balung. Kajian terperinci seperti survei geofizik perlu dijalankan bagi mendapatkan lokasi-lokasi yang berpotensi mempunyai sumber berkenaan.

2.        Anggaran kos survei geofizik dan pembangunan telaga tiub (bersaiz 150mm, kedalaman 100m) adalah RM250,000 manakala kos pembangunan sistem penapisan air bawah tanah adalah antara RM200,000 - RM300,000 mengikut kualiti air mentah dan bilangan pengguna. Kos sistem penyaluran (perpaipan) bergantung kepada bilangan rumah dan jarak daripada tangki simpanan.

3.  Pelaksanaan pembinaan telaga tiub perlu dikaji secara terperinci terlebih dahulu bagi memastikan kebolehlaksanaan projek, cost benefit serta perancangan penggunaan telaga tiub. Permohonan projek selanjutnya boleh dimohon menerusi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang bertanggungjawab terhadap isu air negeri untuk penelitian dan tindakan lanjut. Kerajaan Persekutuan akan menimbang untuk menyediakan pinjaman kepada Kerajaan Negeri Sabah sekiranya terdapat permohonan daripada Kerajaan Negeri untuk tujuan tersebut. Sekiranya kawasan tersebut terletak di kawasan luar bandar, peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) boleh dimohon.

Sekian, terima kasih.​

Attachments