Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

590

Soalan

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan:

a) apakah status terkini pelaksanaan kerja-kerja projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di pulau mutiara yang dilaporkan bermula 1 Julai 2023; dan

b) sesi libat urus yang telah diadakan dengan semua pihak berkepentingan, serta inisiatif Kementerian bagi membantu dan memastikan sumber rezeki golongan nelayan di kawasan berkenaan agar tidak terjejas.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Berdasarkan syarat Environmental Impact Assessment (EIA), penggerak projek perlu mengemukakan Borang Maklumat Status Projek memaklumkan status pelaksanaan projek berkenaan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima borang tersebut pada 18 Ogos 2023 memaklumkan pelaksanaan projek akan bermula pada 1 September 2023. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemeriksaan JAS di tapak projek pada 7 September 2023, kerja-kerja projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI), kerja-kerja penambakan masih belum dimulakan. 


  1. Kerajaan Negeri selaku Penggerak Projek dan Rakan Pelaksana Projek (SRS Consortium Sdn Bhd) telah mengadakan sesi libat urus bersama penduduk tempatan dan golongan nelayan berhubung cadangan projek Penang South Reclamation (PSR) sejak penghujung tahun 2015 lagi. Disamping itu, Kerajaan Negeri turut menubuhkan 3 unit Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) iaitu di Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Gertak Sanggul bagi membolehkan komuniti setempat dan golongan nelayan untuk mendapatkan maklumat berhubung pelaksanaan projek ini. Bagi tempoh Januari sehingga Jun 2023, sebanyak 24 sesi libat urus telah dijalankan bersama dengan nelayan dan komuniti setempat. Sesi libat urus ini akan diteruskan sehingga pelaksanaan projek kelak.


  1. Terdapat beberapa inisiatif yang telah dirangka untuk menjaga kebajikan golongan nelayan di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial (Social Impact Management Plan – SIMP) dan Pelan Induk Pembangunan Ekologi PSI (PSI Ecology Offset MasterPlan – PEOM) yang pelaksanaannya akan dikawal selia oleh Jawatankuasa Task Force Nelayan yang diketuai oleh YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Jawatankuasa Task Force ini dianggotai oleh agensi-agensi yang berkaitan dengan nelayan seperti Jabatan Perikanan. Kementerian melalui JAS akan menerima pelaporan pelaksanaan inisiatif ini daripada Jawatankuasa Task Force ini.


  1. Antara inisiatif yang dirangka di bawah kedua-dua pelan tersebut bagi memastikan sumber rezeki golongan nelayan di kawasan berkenaan agar tidak terjejas adalah seperti berikut:


  1. bantuan kewangan (ex-gratia);

  2. bantuan bot dan enjin;

  3. program latihan untuk nelayan;

  4. program sokongan pendidikan untuk anak nelayan;

  5. pembinaan jeti dan kemudahan untuk nelayan;

  6. skim perumahan nelayan;

  7. pelabuhan tukun tiruan dan unjam; dan 

  8. pelepasan benih ikan dan udang.


Sekian, terima kasih.​

Attachments