Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

592

Soalan

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan inisiatif pihak Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan keupayaan Kerajaan negeri meningkatkan keupayaan untuk mengekstrak, mengeksploitasi dan membangunkan sendiri unsur nadir bumi (REE) secara lebih mampan serta menguntungkan negeri dan negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Dalam memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri untuk pembangunan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif atau NR-REE, Kementerian telah mengadakan perbincangan awal bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Ekonomi (KE).


  1. Berdasarkan input awal yang diterima, dimaklumkan bahawa tiada insentif kepada pelabur dalam sektor mineral diperingkat huluan kerana industri ini yang bersifat in-situ yang memerlukan pelabur melaksanakan aktivitinya dalam industri berkenaan. Sebagai tambahan, mineral-mineral ini bersifat pakai habis dan tidak wajar diberikan insentif.


  1. Namun begitu, terdapat pelbagai insentif yang telah disediakan dibawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 antaranya insentif bagi pengeluaran non-metallic mineral dalam bentuk galakan cukai dibawah kategori Galakan Umum, Galakan Teknologi Tinggi Dan Galakan Industri Kecil Sederhana. Selain itu, terdapat juga insentif lain seperti insentif Cukai Teknologi Hijau yang diperkenalkan oleh Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), yang mana ia bagi menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi hijau dan menggalakkan penggunaan atau pembelian aset-aset hijau. Kesemua insentif-insentif ini adalah diperkenalkan diperingkat pertengahan dan hiliran.


  1. Diperingkat Kementerian pula, Dasar Mineral Negara 3 sedang dibangunkan, yang mana antara salah satu inisiatif yang diperkenalkan adalah dengan cadangan memperketatkan kebenaran pengeskportan dan menggalakkan pengimportan sumber mineral secara mentah. Cadangan ini merupakan strategi pengenalan insentif dan disinsentif dalam menggalakkan dan meningkatkan keupayaan bagi membangunkan industri NR-REE diperingkat pertengahan dan hiliran.

Sekian, terima kasih.

Attachments