Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

653

Soalan

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [ Machang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bilakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan projek tebatan banjir di Sungai Sat. Hal ini memandangkan hampir setiap tahun air sungai akan melimpah dan mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan penempatan terdekat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kerja-kerja di bawah Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir  dengan pelaksanaan tujuh (7) kerja pada tahun 2021 melibatkan anggaran kos berjumlah RM548 ribu di Sungai Sat.

  2. Sungai Sat merupakan salah satu anak sungai di dalam Lembangan Sungai Kelantan. JPS di dalam peringkat pra-pelaksanaan bagi Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 2 dan akan meneliti semula keperluan perlindungan tebatan banjir di Sungai Sat mengikut keperluan dan kemampuan kewangan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

  3. Walau bagaimanapun, pembiayaan kerja-kerja saliran dan pengairan adalah Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan melalui peruntukan Bab 3 - Pembahagian Kewangan dan Jadual Kesembilan, Perkara 8 - Saliran Pengairan (Irrigation and Drainage). Oleh itu, penyelesaian banjir boleh dibiayai secara bersama oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 


Sekian, terima kasih. ​

Attachments