Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

693

Soalan

Tuan Wong Kah Woh [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah pelancong Zoo Negara dan Zoo Taiping yang direkodkan pada tahun 2023. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada kedua-dua zoo pada tahun 2023.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengawal selia Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) di Semenanjung Malaysia di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi menjaga kebajikan hidupan liar di ZPT.


Zoo Negara dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia (Malaysian Zoological Society - MZS). Zoo Taiping & Night Safari pula dimiliki dan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Taiping.


Berdasarkan semakan Jabatan PERHILITAN, jumlah pelawat yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 di Zoo Negara adalah seramai 452,657 orang dan Zoo Taiping & Night Safari adalah seramai seramai 499,029.


Bagi tahun 2023, Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan sebarang peruntukan kepada Zoo Negara. Zoo Taiping & Night Safari pula telah menerima peruntukan bagi Projek Menaik Taraf Fasiliti Harimau Malaya di Zoo Taiping di bawah peruntukan pembangunan RMKe12 bagi tempoh 3 tahun (2022-2024) berjumlah RM1.5 juta.


Sekian, terima kasih.​

Attachments