Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah sasaran Kementerian dalam pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebagai langkah pertengahan (intermediate) yang menjurus kepada matlamat pelepasan sifar bersih (net zero) dan sektor manakah yang akan disasarkan untuk pengurangan yang paling ketara.