Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

51

Soalan

Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-


a) langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia seperti tenaga solar, tenaga biojisim, tenaga biogas dan sebagainya; dan


b) perancangan Kementerian untuk meningkatkan pemanfaatan tenaga boleh baharu pada masa hadapan.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia termasuk daripada sumber tenaga solar, tenaga biojisim, tenaga biogas dan lain-lain, Kerajaan telah memperkenalkan program-program pembangunan TBB  berikut:


  1. Program Feed-in Tariff yang membenarkan pembangunan projek penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) bukan solar dilakukan;


  1. Program Large Scale Solar yang membenarkan pembangunan projek penjanaan TBB daripada sumber solar dibangunkan secara skala utiliti;


  1. Program Corporate Green Power Programme yang membenarkan pengguna korporat yang memerlukan bekalan elektrik hijau mendapat bekalan elektrik tersebut melalui jalinan ikatan pembelian tenaga maya dengan pemaju jana kuasa solar;


  1. Program Net Energy Metering yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri dan lebihan tenaga boleh dijual dan di-offset dalam bil utiliti pengguna; dan


  1. Program Self-consumption yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri.


Bagi meningkatkan pemanfaatan TBB pada masa hadapan, Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan program TBB baharu bagi memberikan pengguna elektrik pilihan yang lebih luas dalam menetapkan jenis perkhidmatan/produk bekalan elektrik yang dihasratkan.


Sekian, terima kasih.​

Attachments