Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

29 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

60

Soalan

Tuan Abun Sui Anyit minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bagaimana Kerajaan memanfaatkan kedudukan negara kita di garisan Khatulistiwa dengan mengambil manfaat tenaga solar daripada cahaya matahari secara maksimum dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memanfaatkan kedudukan negara kita di garisan Khatulistiwa dengan mengambil manfaat tenaga solar daripada cahaya matahari secara maksimum dalam jangka masa sederhana dan panjang, Kerajaan telah memperkenalkan program-program pembangunan TBB  berdasarkan sumber solar seperti berikut:


  1. Program Large Scale Solar yang membenarkan pembangunan projek penjanaan TBB daripada sumber solar dibangunkan secara skala utiliti;


  1. Program Corporate Green Power Programme yang membenarkan pengguna korporat yang memerlukan bekalan elektrik hijau mendapat bekalan elektrik tersebut melalui jalinan ikatan pembelian tenaga maya dengan pemaju jana kuasa solar;


  1. Program Net Energy Metering yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri dan lebihan tenaga boleh dijual dan di-offset dalam bil utiliti pengguna; dan


  1. Program Self-consumption yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri.


Sekian, terima kasih.​

Attachments