Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

30 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

26

Soalan

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Bin Aman minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jenis sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan ke Wilayah Persekutuan Labuan dan perkembangan pelaksanaan tenaga solar di wilayah tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada awal pelaksanaan pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini pada tahun 2011, Kerajaan tidak membezakan pelaksanaan inisiatif pembangunan TBB termasuk pemberian insentif dan sokong pelaksanaan pembangunan sumber solar mengikut Wilayah. Oleh itu, program-program pembangunan TBB  yang telah dilaksanakan di Wilayah Labuan adalah seperti berikut:


  1. Program Large Scale Solar yang membenarkan pembangunan projek penjanaan TBB daripada sumber solar dibangunkan secara skala utiliti;


  1. Program Net Energy Metering yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri dan lebihan tenaga boleh dijual dan di-offset dalam bil utiliti pengguna; dan


  1. Program Self-consumption yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri.


Walau bagaimanapun, memandangkan pembekalan elektrik di Labuan adalah di bawah Sabah Electricity Sdn. Bhd., ekoran proses penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada kerajaan Negeri Sabah, pelaksanaan program-program di atas kecuali Program Self-Consumption telah dihentikan sehingga selesai proses penyerahan kuasa pembekalan elektrik.


Sekian, terima kasih.​

Attachments