Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

05 December 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

48

Soalan

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perkembangan terkini rancangan mengimplementasikan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Dasar larangan eksport bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 September 2023 dibangunkan bertujuan mengelak eksploitasi dan kehilangan sumber negara; serta menjamin pulangan yang maksimum kepada negara. Perkara ini adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan untuk membangunkan industri NR-REE secara menyeluruh melalui pewujudan industri NR-REE di setiap peringkat rantaian nilai meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.


  1. Pada masa ini, Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan dasar larangan eksport bahan mentah NR-REE dengan mengambil kira ketersediaan loji pemprosesan NR-REE di dalam negara serta keperluan untuk membangunkan industri hiliran.


  1. Namun begitu, Kementerian mengambil langkah berhati-hati dan mengambil kira semua aspek dalam membangunkan dasar ini berikutan jangkaan tentangan dan tekanan antarabangsa terutamanya daripada Kesatuan Eropah (European Union – EU). Isu yang sama pernah dihadapi oleh negara Indonesia semasa mengumumkan dasar larangan eksport bahan mentah nikel. Dalam hal ini, pihak EU telah membawa tuntutan keadilan kepada World Trade Organization (WTO) atas dasar pelanggaran peruntukan yang ditetapkan di bawah badan dunia tersebut.

 

Sekian, terima kasih.​

Attachments