Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

06 December 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

47

Soalan

Datuk John Ambrose minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah usaha Kementerian dalam menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Penampang dan usaha-usaha lain Kementerian mengatasi masalah ini yang kian meruncing.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian mengambil maklum dan memberi perhatian yang serius dengan kejadian banjir yang berlaku di kawasan Penampang. Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sedang melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog, Sabah dengan anggaran kos berjumlah RM281 juta yang bertujuan mengurangkan risiko banjir di  Daerah Penampang iaitu Pekan Donggongon, Pekan Putatan dan Pekan Kibabaig. Projek ini dijangka siap pada Disember 2024.

  2. Dalam membantu mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar, JPS telah melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir  melibatkan kerja-kerja seperti berikut:

    1. Penyiasatan tanah;

    2. Kerja Ukur;

    3. Rekabentuk terperinci;

    4. Kerja-kerja pengaluran sungai;

    5. Kerja-kerja menstabilkan tebing sungai;

    6. Menaik taraf aset tak alih;

    7. Menaiktaraf saluran dan struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai;

    8. Pengurusan projek; dan

    9. Communication, Education, Participation and Awareness (CEPA)

  3. Di bawah projek ini, Kementerian telah melaksanakan sebanyak 5 kerja pada tahun 2022  berjumlah RM972 ribu.


Sekian, terima kasih.​

Attachments