Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 06 December 2023 | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Tenaga | Nombor Soalan | 56 | Soalan | Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
pada tahap manakah pembangunan ladang solar di Malaysia dan berapakah jumlah pengguna teknologi solar bagi pengguna domestik; dan apakah perancangan Kerajaan untuk menggalakkan pengguna menggunakan tenaga solar.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 2023 Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah melaksanakan bidaan terbuka sebanyak empat pusingan di bawah program Large Scale Solar (LSS) bagi membolehkan mana-mana pemaju untuk membangunkan loji janakuasa solar berskala besar di seluruh Semenanjung dan Sabah. Dari empat pusingan tersebut, Kerajaan telah meluluskan sebanyak 87 projek LSS dengan kapasiti sebanyak 2,457MW, dan pada Disember 2022, sebanyak 1,360MW loji janakuasa telah memulakan operasi.
Manakala bagi pengguna domestik pula, Kerajaan telah menawarkan kuota bagi pemasangan di bawah program Feed-in Tariff (FiT) dan Net Energy Metering (NEM). Program-program ini merupakan suatu bentuk insentif yang ditawarkan kepada pengguna domestik untuk menjana Tenaga Boleh Baharu (TBB). Daripada program FiT, sebanyak 8,852 buah sistem solar dengan kapasiti sebanyak 74.71MW telah dicatatkan oleh pengguna domestik. Bagi program NEM pula, telah mencatatkan sebanyak 21,318 buah sistem solar PV dengan kapasiti 159.211MW telah beroperasi.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|