Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 December 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

57

Soalan

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah garis masa dan anggaran perbelanjaan Kerajaan untuk membangunkan aset tenaga boleh baharu (TBB) yang diperlukan dalam peralihan kepada tenaga bersih bagi mencapai sasaran karbon bersih sifar menjelang tahun 2050 dan apakah impak yang timbul sepanjang proses tersebut terhadap industri tenaga.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Yang Berhormat, aspirasi Kerajaan untuk mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang 2050 dengan meningkatkan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) sehingga 70% di dalam sistem pembekalan tenaga elektrik dijangka memerlukan pelaburan awam dan swasta berjumlah RM637bilion sehingga tahun 2050. 


Peningkatan kapasiti TBB ini akan memberikan impak yang positif kepada pertumbuhan industri negara dengan peningkatan bekalan tenaga hijau di dalam sistem pembekalan elektrik akan memudahkan syarikat atau industri mendapat bekalan tenaga hijau dalam memenuhi Environmental, Social and Governance (ESG) masing-masing. Selain itu juga, kebolehcapaian industri dalam mendapatkan sumber tenaga hijau akan menjadi salah satu daya penarik pelabur asing untuk memasuki dan melabur di negara ini.


Sekian, terima kasih. ​

Attachments