Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

11 December 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

56

Soalan

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Che Salleh minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bilangan permohonan yang diluluskan oleh Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) melibatkan aktiviti penanaman semula hutan dan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpan di Kelantan bermula tahun 2022 sehingga kini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Di Negeri Kelantan, daripada tahun 2022 sehingga kini, sebanyak 73 Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi aktiviti ladang hutan dan 4 Laporan EIA bagi aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpan telah mendapat kelulusan Laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kesemua aktiviti ini adalah tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 [Perintah EIA 2015]. Bagi aktiviti perhutanan, ianya diproses berdasarkan Aktiviti 5 (e), Jadual Pertama dan Jadual Kedua, Perintah EIA 2015 manakala bagi aktiviti perlombongan adalah berdasarkan Aktiviti 8, Jadual Kedua Perintah yang sama.​


Sekian, terima kasih.

Attachments