Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

12 December 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

15

Soalan

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah rangka kerja kawal selia (regulatory framework) yang diguna pakai oleh negara dalam usaha ke arah pelepasan sifar bersih (net-zero emissions) dan adakah ia mencukupi untuk mencapai maksud tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Buat masa ini kerajaan belum lagi mempunyai rangka kerja kawal selia (regulatory framework) ke arah pelepasan sifar bersih. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sedang dalam fasa awal menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Ianya akan digubal berpandukan ketetapan dasar yang jelas supaya RUU ini boleh dilaksanakan segera sejurus selepas diluluskan oleh Parlimen kelak. 

2. Selain itu, Kementerian juga sedang membangunkan dokumen Pelan Hala Tuju dan Tindakan Nationally Determined Contributions (NDC Roadmap) dan Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long Term - Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) sebagai panduan kepada negara untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG. Dokumen LT-LEDS akan dapat memberi gambaran mengenai pelepasan karbon bagi setiap sektor melalui perancangan senario ke arah mencapai sifar karbon bersih seawal-awalnya pada 2050. Manakala dokumen NDC Roadmap pula akan menetapkan kerangka pemantauan dalam menjejaki impak ke atas inisiatif pengurangan karbon bagi mencapai sasaran NDC 2030.


Sekian, terima kasih.

Attachments