Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

12 December 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

21

Soalan

Puan Noorita binti Sual minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah-langkah proaktif dan pelan jangka panjang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam membantu menyelesaikan isu air bersih dan terawat di negeri Sabah.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Pada masa ini sebanyak 8 projek pinjaman dengan keseluruhan kos sebanyak RM1.916 bilion sedang dilaksanakan seperti berikut:


  1. Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Telibong II dari 80JLH Ke 160JLH Termasuk Saluran Paip Utama dan Tangki Simpanan (RM429.4 juta);


  1. Skim Bekalan Air Tawau Fasa III - Rekabentuk dan Pembinaan Empangan Air (RM470.39 juta);


  1. Sistem Bekalan Air di Lahad Datu - Fasa I (RM270 juta);


  1. Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon Dari 40JLH Ke 80JLH Termasuk Saluran Paip Utama dan Tangki Simpanan (RM312.22 juta);


  1. Menaiktaraf Sistem Saluran Agihan Utama Termasuk Pembinaan 3 Buah Tangki Simpanan Utama, Sandakan (RM100 juta); dan


  1. Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2, Tawau, Sabah (RM335 juta).

 

  1. Selain itu, sebanyak RM192.9 juta diperuntukkan di bawah RP3 RMKe-12 secara geran bagi 2 projek seperti berikut:


  1. Program Kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) Nasional Pendekatan 1 (RM188.2 juta); dan


  1. Naiktaraf Dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi Di Negeri Sabah (RM4.7 juta).

 

  1. Di bawah RP4 RMKe-12 pula, sebanyak empat (4) projek baharu dengan peruntukan berjumlah RM200 juta telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Keduabelas (RP4, RMKe-12) bagi menangani isu bekalan air Negeri Sabah seperti berikut:


  1. Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil – Penggantian/Naiktaraf Paip di Kawasan Kota Kinabalu dengan kos RM100 juta;


  1. Penggantian Pam Penggalak/ Pembinaan Rumah Pam Penggalak / Penggantian Pam Air bagi Muka Sauk dan Loji Rawatan Air di Daerah Kota Kinabalu dan di Kota Raya Telipok dengan kos RM62 juta;


  1. Projek Peningkatan Kapasiti Bagi Muka Sauk dan Loji Rawatan Air Sabah dengan kos RM35 juta; dan


  1. Penggantian Alat Janakuasa di Loji Rawatan Air Merotai, Tawau dan Beaufort 1 dengan kos RM3 juta.

 ​

Sekian, terima kasih.



Attachments