Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 12 December 2023 | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Air | Nombor Soalan | 39 | Soalan | Tuan Abun Sui Anyit minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan : (a) adakah Kementerian berhasrat untuk menjadikan sungai sebagai tempat mandi-manda; dan (b) apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengelakkan sungai menjadi tempat pembuangan sampah. | Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan sungai di negara ini pada dasarnya diurus tadbir oleh pelbagai pihak dan agensi-agensi berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Kementerian juga menggalakkan semua pihak prihatin untuk menjadikan sungai salah satu lokasi sebagai tempat riadah di samping menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar. Kerjasama dan komitmen dari semua pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah penting untuk memastikan sungai-sungai di negara kita sentiasa bersih.
Dalam hal ini, Kementerian telah melaksanakan Program Pembangunan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang merupakan salah satu pendekatan Nature-Based-Solutions (NBS) bagi menjaga kelestarian sungai. Program DSK ini berperanan meningkatkan cakna masyarakat terhadap keindahan sungai, meramaikan pengunjung tepian sungai untuk riadah dan secara tidak langsung boleh menghindari aktiviti pembuangan sisa haram. Sehingga hari ini, sepanjang 1248 km denai telah dibina berdasarkan perancangan dan peruntukan yang diluluskan.
Kerjasama badan-badan korporat dan pusat pengajian tinggi dengan Pihak Berkuasa Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga telah diwujudkan bagi menjayakan dan meningkatkan inisiatif komunikasi, pendidikan, pembabitan dan kesedaran (Communication, Education, Participation and Awareness, CEPA).
Selain itu, Kementerian juga sentiasa menggalakkan program-program kesedaran dan pendidikan mengenai kepentingan pemeliharaan sungai melalui program Rakan Alam Sekitar, River Ranger dan sebagainya serta mempromosi kempen cintai sungai.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|