Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 13 December 2023 | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Air | Nombor Soalan | 32 | Soalan | Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan mekanisme pemantauan yang akan dilaksanakan bagi memantau tahap kemajuan bagi 5 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) baharu yang akan dilaksanakan di Negeri Sembilan dan bagaimanakah mekanisme tersebut boleh memastikan masalah kelewatan dan penambahan kos luar jangka tidak berlaku.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memantau tahap kemajuan projek-projek yang sedang dilaksanakan mengikut garis panduan / Arahan Perbendaharaan / Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada yang diguna pakai dalam setiap projek pembangunan.
JPS mengamalkan pemantauan kemajuan projek melalui Mesyuarat Tapak dan Mesyuarat Teknikal yang diadakan secara berkala. Tujuan utama adalah untuk mengawasi kemungkinan kelewatan pelaksanaan yang mungkin timbul dari pihak kontraktor atau perkara-perkara lain yang diluar jangka seperti bencana dan sebagainya. Pemantauan ini dilakukan secara teliti oleh Pegawai Penguasa dengan cermat bagi memantau keseluruhan pelaksanaan projek mengikut jadual yang telah dirancang.
Dengan menjadikan pemantauan sebagai aspek utama dalam pengurusan projek, Kerajaan berupaya mengenalpasti masalah dan menangani isu-isu yang mungkin timbul dengan lebih cekap, menjadikan setiap projek pembangunan bergerak ke arah pencapaian matlamat tanpa mengabaikan cabaran yang mungkin timbul.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|