Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

30

Soalan

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Program Rewilding bagi sesetengah haiwan yang diancam kepupusan seperti Harimau Malaya masih diteruskan. Di kawasan hutan manakah Program Rewilding ini kebiasaannya dilakukan dan apakah jenis-jenis binatang serta bilangan yang dilepaskan ke hutan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Pada masa ini, Program Rewilding (meliarkan semula) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia merupakan inisiatif persediaan pelepasan spesies hidupan liar terancam seperti Harimau Malaya dan spesies mangsa Harimau Malaya seperti ke lokasi-lokasi hutan yang terpilih bagi menampung keperluan mangsa Harimau Malaya serta meningkatkan populasi hidupan liar.

 

Pusat Konservasi Harimau Malaya (Malayan Tiger Conservation Centre - MTCC) di Lanchang, Pahang telah mula beroperasi pada tahun 2022 telah ditubuhkan bagi menjalankan pembiakan (breeding), meliarkan semula dan pelepasan semula (release) Harimau Malaya ke habitat semula jadi. Sebanyak 5 ekor Harimau Malaya telah ditempatkan di MTCC dan sedang menjalani program conditioning untuk membiasakan Harimau Malaya dengan situasi di habitat semula jadi.

 

Sejak tahun 2018 hingga 2023, sebanyak 78 ekor spesies mangsa Harimau Malaya iaitu Rusa Sambar, Seladang dan Pelanduk telah dilepaskan di Taman Negara Terengganu dan Hutan Simpan Tembat, Terengganu; Taman Negara Pahang, Sungai Relau; Taman Negeri Royal Belum, Perak; dan Hutan Simpan Gunung Basor, Kelantan.


Sekian, terima kasih.



Attachments