Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

35

Soalan

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sasaran yang ingin dicapai oleh Kementerian dalam jangka masa pendek dan sederhana dalam usaha Kerajaan ke arah peralihan tenaga selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Yang Berhormat, bagi mencapai aspirasi negara dalam mencapai sasaran sifar karbon bersih menjelang tahun 2050, Kementerian Ekonomi telah membangunkan Pelan Haja Tuju Peralihan Tenaga yang mana telah memperkenalkan 10 projek flagship yang terdiri daripada pelbagai industri di bawah sektor tenaga.


Daripada jumlah tersebut, 6 projek flagship yang diperkenalkan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Projek-projek ini akan sebahagian daripada pelan jangka pendek dan sederhana Kerajaan dalam mencapai aspirasi negara.


Sekian, terima kasih.



Attachments