Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

71

Soalan

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan program-program yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesan perubahan iklim.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah melaksanakan program Kesedaran Awam Perubahan Iklim (Communication, Educational, Public Awareness - CEPA) untuk membentuk kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai isu perubahan iklim di peringkat antarabangsa dan nasional berdasarkan prinsip whole of nation approach.

2. Program CEPA ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan golongan sasar seperti berikut:

i. sesi bersama golongan belia termasuk persatuan belia serta graduan universiti untuk memupuk kesedaran dan menyuntik naratif baharu bagi memperkasa penglibatan belia ke arah penyelesaian isu perubahan iklim di Malaysia;

ii. pembangunan kapasiti dan kesedaran bersama kementerian/ agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, sektor swasta, badan akademik dan NGO;

iii. penganjuran seminar dalam talian (webinar) berkaitan perubahan iklim dan pembangunan rendah karbon antaranya mengenai topik pelepasan gas rumah kaca sifar bersih (net-zero) dan agenda kelestarian;

iv. sesi temu bual dalam program temu bual di media elektronik dan media cetak yang memberi penekanan kepada dasar dan inisiatif Kerajaan berkaitan perubahan iklim;

v. bekerjasama dengan agensi antarabangsa seperti United Nations Development Programme (UNDP) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) bagi melaksanakan kaji selidik kesedaran dan program pembangunan kapasiti berkaitan perubahan iklim di Malaysia; 


vi. menyokong pelaksanaan projek pemuliharaan alam sekitar dan perubahan iklim di peringkat komuniti menerusi Global Environment Facility :  Small Grants Programme (GEF SGP), sejak tahun 2001. Sehingga Jun 2023, program ini telah membiayai sebanyak 247 buah projek berkaitan alam sekitar, perubahan iklim, biodiversiti dan kemerosotan tanah; dan

vii. memperkasa peranan NGO, pertubuhan masyarakat, pertubuhan belia dan individu menerusi penubuhan Panel Konsultasi Perubahan Iklim. Panel ini akan menjadi medium perantara bagi menyampaikan maklumat berkaitan perubahan iklim kepada komuniti dan masyarakat.


Sekian, terima kasih.​

Attachments