Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

125

Soalan

Dato' Haji Husain bin Awang minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-


a) senarai terkini kawasan di Terengganu yang dikenal pasti mengalami hakisan pantai mengikut tahap hakisan; dan


b) status terkini projek-projek yang melibatkan pengawalan hakisan pantai di Terengganu.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Dalam usaha memastikan pengurusan pantai yang lebih baik, pihak Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kajian untuk Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Shoreline Management Plan - ISMP) Negeri Terengganu yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2022.

  2. Berdasarkan kepada kajian tersebut, terdapat 3 kategori yang telah dikenalpasti. Antaranya: 

  1. Kategori 1:  Pengunduran garis pantai yang cepat dengan kadar melebihi 4 meter/tahun umumnya di kawasan dengan penduduk yang agak padat bersama aktiviti komersial/industri yang mendapat perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan awam.

  2. Kategori 2: Pengunduran garis pantai dengan kadar lebih 1 meter/ tahun tetapi kurang dari 4 meter/tahun umumnya di kawasan berpenduduk tidak padat dengan sedikit aktiviti pertanian yang mendapat perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan awam yang kurang sempurna.

  3. Kategori 3: Pengunduran garis pantai dengan kadar kurang dari 1 meter/tahun umumnya di kawasan tanpa penduduk dengan aktiviti pertanian yang minimum yang tidak mendapat perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan awam.

3. Sejumlah 144 Kawasan di Terengganu yang dikenal pasti mengalami hakisan pantai.


Status terkini projek-projek yang melibatkan pengawalan hakisan 

4. Kementerian sedang melaksanakan dua (2) projek yang berjumlah RM85.5 juta melibatkan pengawalan hakisan pantai di Terengganu seperti berikut:

  1. Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus, Terengganu dengan anggaran kos berjumlah RM69.9 juta dan dijangka siap pada tahun 2026

  2. Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Marang, Terengganu dengan anggaran kos berjumlah RM15.6juta dan dijangka siap pada tahun 2024.

Sekian, terima kasih.

Attachments