Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

145

Soalan

Tuan Musoddak bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini penaiktarafan lima buah Loji Rawatan Air (LRA) di Negeri Kedah serta jangkaan siap kelima-lima LRA tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf dan membaikpulih lima (5) Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah iaitu di Lubuk Buntar Lama, Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau dan Pelubang dijangka dapat disiapkan secara berperingkat mulai tahun 2023 hingga 2025.

  1. Status kemajuan terkini bagi pembinaan LRA Lubuk Buntar Lama sebanyak 63.50%, LRA Jenun Baru adalah 41.20%, LRA Sungai Limau sebanyak 18.30%, LRA Bukit Selambau sebanyak 20.07%, dan LRA Pelubang sebanyak 20.20%.

Sekian, terima kasih.


Attachments