Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 June 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

78

Soalan

Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj [ Segamat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap pelan tindakan dan perubahan dasar yang bakal dilakukan untuk mempercepatkan usaha mitigasi perubahan iklim berdasarkan Konferens Perubahan Iklim PBB 2023 (COP 28).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

1. Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1 Tahun 2024 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bersetuju untuk meluluskan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN 2.0). DPIN 2.0 ini merupakan Dasar Perubahan Iklim (DPIN) 2009 yang telah disemak semula dan dikemaskini bagi mengambil kira komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris 2015. 


2. DPIN 2.0 ini turut mengambil kira perkembangan dasar dan perkembangan terkini isu perubahan iklim di peringkat domestik serta antarabangsa termasuk komitmen untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca seiring dengan objektif di bawah Perjanjian Paris untuk menghadkan kenaikan suhu di bawah 2° darjah celsius dan melakukan usaha untuk menghadkan kenaikan suhu di bawah 1.5° celsius. Selain itu, dasar ini akan saling melengkapi inisiatif-inisiatif lain, antaranya penggubalan Rang Undang Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN), pembangunan Pelan Adaptasi Nasional dan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK).  


3. MTPIN juga telah bersetuju untuk memuktamadkan dokumen Hala Tuju Nationally Determined Contribution (NDC Roadmap) dan Long-Term Low Emissions Development Strategy (LT-LEDS). Kedua-dua dokumen ini menggariskan hala tuju dan/atau pelan tindakan mitigasi yang akan dilakukan, masing-masing bagi mencapai sasaran NDC negara pada tahun 2030 dan aspirasi pelepasan sifar bersih negara pada tahun 2050.


Sekian, terima kasih



Attachments