Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 02 July 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Perhutanan, Biodiversiti, Alam Sekitar | Nombor Soalan | 84 | Soalan | Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilakah Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) akan diwajibkan sebagai sebahagian daripada Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek pembangunan yang memerlukan EIA.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) merupakan satu laporan yang mengandungi kajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberikan maklumat mengenai kesan terhadap alam sekitar akibat daripada aktiviti pembangunan dan memperincikan langkah-langkah kawalan dalam tempoh, sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu projek. Langkah-langkah kawalan yang dicadangkan hendaklah sesuatu yang boleh dilaksanakan untuk mencegah, mengawal dan mengurangkan impak negatif yang diramalkan.
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan, WMP) merupakan salah satu langkah kawalan yang dicadangkan di dalam Laporan EIA bagi mengawal impak negatif terhadap hidupan liar semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. WMP ini dikawal selia oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan telah mengambil inisiatif untuk mewajibkan pematuhan kepada WMP bagi sebarang projek yang melibatkan habitat hidupan liar.
Dalam memastikan WMP dapat dikuatkuasakan dengan berkesan ke atas projek-projek pembangunan yang tertakluk di bawah keperluan kajian EIA, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah bekerjasama dengan PERHILITAN bagi membentuk satu Jawatankuasa Pasukan Petugas bermula pada Februari 2024. Untuk makluman, sehingga kini WMP telahpun diguna pakai oleh penggerak projek-projek mega secara sukarela seperti projek ECRL, empangan, SKVE, SUKE dan lain-lain.
4. Dari sudut perundangan, JAS kini sedang meneliti dan memperhalusi cadangan perwakilan kuasa kepada pihak PERHILITAN bagi memastikan penguatkuasaan WMP ke atas projek-projek pembangunan adalah teratur mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|