Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius terhadap konflik manusia dan hidupan liar termasuk gangguan kera di kawasan perumahan di Kuala Sepetang dan Trong, Perak.
2. Pihak Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani konflik kera di kawasan tersebut melalui tindakan-tindakan seperti berikut:
(i) menjalankan program penakaian kera di kawasan yang berisiko melibatkan sebanyak 1,597 ekor kera sepanjang tempoh 2019 hingga 2023;
(ii) menjalankan 198 aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada penduduk setempat pada tahun 2019 hingga 2023; dan
(iii) menjalankan 6 program bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat bagi membasmi musuh tanaman pada tahun 2021 sehingga 2022.
3. Isu melibatkan gangguan haiwan domestik seperti anjing liar pula adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak-pihak ini boleh dihubungi untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.