Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 July 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

10

Soalan

Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan semasa untuk membina Santuari Gajah di Hutan Simpan Pedu bagi mengatasi masalah serangan gajah liar di kebun penduduk tempatan yang semakin meningkat kini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat berhubung pembinaan santuari gajah di Hutan Simpan Pedu sebagai penyelesaian jangka masa panjang masalah konflik gajah di negeri Kedah. 


2. Namun, perkara ini memerlukan sokongan dan persetujuan dasar Kerajaan Negeri selaku pemilik tanah sebelum pembinaan santuari gajah hendak dijalankan.  


3. Walau bagaimanapun, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah konflik gajah di Daerah Padang Terap seperti berikut:


(i) melaksanakan 53 program pemantauan keliaran gajah, kawalan keselamatan dan juga operasi tembak halau bagi tahun 2023 dan 55 program bagi tempoh Januari hingga Februari 2024 untuk mencegah gajah dari memasuki kawasan perumahan penduduk setempat;

​​

(ii) membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) Mudah Alih di Kg. Belantik, Sik dengan jajaran sepanjang 7 kilometer sejak 14 Ogos 2022; 


(iii) menjalankan kerjasama dengan komuniti setempat untuk memantau dan menyelenggara sistem pagar elektrik secara secara berkala dan dipantau oleh pihak PERHILITAN Daerah Sik; dan


(iv) memasang dua (2) unit kolar satelit bagi kumpulan gajah Ulu Muda yang telah dikenal pasti bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan seterusnya mengambil tindakan pencegahan awal sekiranya kumpulan tersebut menghampiri kawasan kampung atau pertanian.


Sekian, terima kasih.



Attachments